Ranking

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Wednesday, 20 July 2011

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-


BIL
JAWATAN & GRED
KUMPULAN PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI
JUMLAH KEKOSONGAN
1.
Pekerja Awam R1 (Kontrak)
Sokongan
P1T1 RM647.51 - P1T14 RM 1,178.43
10

SYARAT LANTIKAN, GAJI, ELAUN DAN CARA MEMOHON :-

*Sila layari laman web Majlis Perbandaran Nilai di alamat www.mpn.gov.my
*Kelayakan yang melebihi syarat lantikan adalah digalakkan memohon.

A.PEKERJA AWAM - GRED R1  

(i)Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
(ii)Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini

DAN
   
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Gaji: P1T3 RM 729.19
Elaun: ITKA RM 95.00
          ITP RM 180.00
          BSH RM 200.00
   
DAN 

Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Gaji: P1T5 RM 1,475.29
Elaun: ITKA RM 160.00
          ITP RM 180.00
          BSH RM 200.00
  
 2. CARA - CARA MEMOHON
  
(i)Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan(MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos bernilai RM1.00.

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

   

(ii)Pemohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.  
(iii)Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester;   
(iv)Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;
   
3.TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 29 JULAI 2011
   
4.CATATAN 
  (i)Hanya calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan /atau temuduga;
  (ii)Permohonan yang tidak menerima apa-apajawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan
adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.

No comments:

Post a Comment